Monday, August 30, 2010

baca dan hayati...

syukur..

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas nabi Muhammad ya Rasulullah

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenag hidup sejahtera
Marilah amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur

Syukur Alhamdulillah
Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan

ingat..ingat...ingat...

rahsia 13...

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir
di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.

jangan jadi macam ni tau...

tips-tips berguna...

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

fikir jap...

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan di balas kejahatan , itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

tahukah anda....

Sunday, August 29, 2010

pemikiran kreatif...huhuhu


Secara mudah, pemikiran kreatif ialah pemikiran yang dapat mencari alternatif yang pelbagai bagi satu-satu aspek. Contohnya seseorang pelajar yang dapat menyelesaikan satu persoalan matematik dengan pelbagai kaedah, dianggap mempunyai pemikiran kreatif.

Dalam menyelesaikan masalah kehidupan juga pemikiran kreatif boleh digunakan di mana sekiranya satu masalah wujud jangan terus membuat keputusan bahawa ada satu jalan penyelesaian sahaja yang dapat dilakukan. Cuba bertenang dan gunakan pemikiran kreatif yang ada untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Contohnya, pernah satu ketika di sebuah bagunan ramai orang komplen sebab kesesakan ketika menaiki lif. Ramai orang fikir penyelesaiannya dengan menambah beberapa lif lagi. Tapi ada idea yang menarik yang telah diberikan ialah dengan meletakkan cermin besar di depan pintu lif. Cara ini didapati berkesan kerana kesesakan yang berlaku adalah disebabkan penaik lif tidak sabar dan naik marah dalam kesesakan. Dengan meletak cermin besar, mereka berasa malu hendak marah-marah.

hayati....

teman...


Alangkah senangnya jika kita mempunyai teman yang setia di segala keadaan, baik di saat suka maupun di saat duka. Alangkah senangnya jika kita dapat berbagi apa yang kita rasakan. Alangkah senangnya jika ada orang yang mengerti kita. Dan itulah gunanya seorang teman.

Sebelumnya marilah kita merenung sejenak. Kita menginginkan mempunyai teman yang setia, yang dapat berbagi dengan kita, yang mengerti kita… Namun pertanyaannya, apakah kita sudah menjadi seperti itu?

Apakah kita sudah menjadi teman yang setia di segala keadaan? Sudahkah kita memberikan yang terbaik untuk teman kita? Maukah kita mengerti teman-teman kita?

Mari kita renungkan. Siapa yang akan memulai semua itu kalau bukan kita? Orang lainkah? Haruskah kita menunggu orang itu, jika kita dapat melakukannya?
Ingin mempunyai teman yang setia? Jadilah teman yang setia terlebih dahulu bagi teman anda. Ingin mempunyai teman yang mengerti anda? Jadilah teman yang mengerti mereka terlebih dahulu.

Jika dapat kita lakukan hari ini, lalu mengapa harus esok? Seorang teman sejati sukar dicari. Maka jadilah teman sejati bagi temanmu, maka kamu akan menemukan teman sejati itu.

Seorang teman sejati takkan lenyap kerana waktu, takkan lenyap kerana jarak, takkan lenyap walau kita berubah. Teman sejati selalu setia dan melakukan semua untuk kebaikan kita. Alangkah senangnya mempunyai teman seperti itu.

Apakah kita hanya mau menerima itu? Lantas siapa yang memberi jika semua orang berpikir seperti itu? Alangkah baiknya dan sudah seharusnya bagi kita untuk memberi.
Mungkin kita terpisah oleh ribuan meter lautan. Apa yang dapat kita lakukan bagi teman kita? Berdoalah bagi mereka.
Jadilah seorang teman sejati, maka kamu akan mendapatkan teman sejatimu

untuk renungan bersama...


Monday, August 16, 2010

ilusi kebangkitan...

Dalam dunia yang indah ini lahirlah seorang hamba Allah S.W.T yang begitu sederhana kehidupannya namun kelahiran itu amat sempurna bagi dirinya kerana telah disambut dengan penuh kasih sayang yang amat bernilai dan tiada tolak bandingan daripada yang lain. Dari sehari ke sehari membesar dengan penuh kesempurnaan dari segi kasih sayang menyebabkan kehidupannya sudah dianggap baik dan sempurna.

Namun dalam proses tumbesaran itu banyak ranjau dan liku-liku yang ditempuhi menyebabkan diri berasa bosan dengan kehidupannya dan ingin mencari sesuatu yang boleh mengubah keadaan dirinya kerana setiap permintaan yang diingini olehnya jarang di tunaikan oleh ahli keluarga. Disebabkan pemikiran yang tidak matang dan tidak mengerti apa itu kesusahan maka segala kehendak diri dicari dengan tulang empat kerat sendiri dan menggunakan cara yang salah. Setelah membesar perkara yang salah sudah menjadi perkara biasa dalam diri dan sgala nasihat ibu bapa tidak diendah malah melawan kata-kata ibu bapa.

Pada suatu masa sewaktu matahari memancar dengan begitu terang menerangi bumi, kedengaran satu berita tentang seorang bapa yang disayangi sakit dan perlu dibawa ke hospital namun disebabkan kasih sayang seorang bapa terhadap anak itu tidak terperi maka bapa itu tidak mahu pergi ke hospital dan ingin menggunakan wang yang ada untuk membiayai persekolahan anak-anak. Rasa pilu menyelubungi diri dan air mata menitis ke pipi mengenangkan pengorbanan ibu bapa lantas nafsu jahat bertukar menjadi lebih tenang dan bertekad untuk mengubah kelakuan diri dan akhirnya ingin mengubah status keluarga menjadi yang lebih terbaik.

Disebabkan wujud kesedaran diri maka lahirlah satu revolusi baru dan bertekad untuk bangkit dari kesilapan yang lepas. Ilusi kebangkitan akhirnya terserlah setelah beberapa tahun mengerah keringat dan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.Air mata kegembiraan mengalir dari mata kedua ibu bapa kerana anak yang selama ini agak mengecawakannya telah bangkit dari melakukan kesilapan dan berjaya dalam melanjutkan pelajarannya ke Universiti.