Monday, August 16, 2010

ilusi kebangkitan...

Dalam dunia yang indah ini lahirlah seorang hamba Allah S.W.T yang begitu sederhana kehidupannya namun kelahiran itu amat sempurna bagi dirinya kerana telah disambut dengan penuh kasih sayang yang amat bernilai dan tiada tolak bandingan daripada yang lain. Dari sehari ke sehari membesar dengan penuh kesempurnaan dari segi kasih sayang menyebabkan kehidupannya sudah dianggap baik dan sempurna.

Namun dalam proses tumbesaran itu banyak ranjau dan liku-liku yang ditempuhi menyebabkan diri berasa bosan dengan kehidupannya dan ingin mencari sesuatu yang boleh mengubah keadaan dirinya kerana setiap permintaan yang diingini olehnya jarang di tunaikan oleh ahli keluarga. Disebabkan pemikiran yang tidak matang dan tidak mengerti apa itu kesusahan maka segala kehendak diri dicari dengan tulang empat kerat sendiri dan menggunakan cara yang salah. Setelah membesar perkara yang salah sudah menjadi perkara biasa dalam diri dan sgala nasihat ibu bapa tidak diendah malah melawan kata-kata ibu bapa.

Pada suatu masa sewaktu matahari memancar dengan begitu terang menerangi bumi, kedengaran satu berita tentang seorang bapa yang disayangi sakit dan perlu dibawa ke hospital namun disebabkan kasih sayang seorang bapa terhadap anak itu tidak terperi maka bapa itu tidak mahu pergi ke hospital dan ingin menggunakan wang yang ada untuk membiayai persekolahan anak-anak. Rasa pilu menyelubungi diri dan air mata menitis ke pipi mengenangkan pengorbanan ibu bapa lantas nafsu jahat bertukar menjadi lebih tenang dan bertekad untuk mengubah kelakuan diri dan akhirnya ingin mengubah status keluarga menjadi yang lebih terbaik.

Disebabkan wujud kesedaran diri maka lahirlah satu revolusi baru dan bertekad untuk bangkit dari kesilapan yang lepas. Ilusi kebangkitan akhirnya terserlah setelah beberapa tahun mengerah keringat dan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.Air mata kegembiraan mengalir dari mata kedua ibu bapa kerana anak yang selama ini agak mengecawakannya telah bangkit dari melakukan kesilapan dan berjaya dalam melanjutkan pelajarannya ke Universiti.

No comments:

Post a Comment